Posts

Showing posts from May, 2019

Kelemahan Hadis "Awwaluhu Rahmah" |

Image
PENDAHULUAN Musim Ramaḍān penuh keberkahan kembali lagi menjadi tetamu kita pada tahun ini, dengan kesudiannya hadir bertandang membawa bersamanya aneka kebaikan yang melimpah ruah; masih terdapat kelompok dalam kalangan kita yang menolak kebaikan dengan lisan mereka sendiri apabila menyebarkan ḥadīth yang tidak ṣaḥīḥ & thābit daripada Rasulullah; bahkan lebih teruk lagi, ada yang membela riwayat lemah ini! Membela perkara yang lemah adalah suatu kelemahan, Semisal labah-labah yang membuat rumah; dan rumah yang paling lemah keutuhannya ialah rumah (sarang) labah-labah. Hadis yang berkenaan adalah seperti berikut: أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنْ النَّارِ “(Ramaḍān itu), awalnya merupakan raḥmah (kasih sayang), pertegahannya merupakan maghfirah (keampunan), pengakhirannya merupakan pembebasan daripada api neraka.” TAKHRIJ HADIS Hadis ini amat masyhur melalui periwayatan ibn Khuzaymah (m. 311H) di dalam al-Ṣaḥīḥ beli...

Tokoh Hadis | Imam Aḥmad b. Ḥanbal (164H-241H)

Abū ‘Abd Allāh, Abū Ṣāliḥ; Aḥmad b. Muḥammad b. Ḥanbal, daripada keturunan bani Shaybah, kelahiran Merw, salah satu daerah di wilayah Khurāsān (Irāq, kini). Beliau dilahirkan pada bulan Rabī’ al-Awwal tahun 164H, datuknya seorang pahlawan & bangsawan dinasti 'Abbasid, beliau dilahirkan dalam suasana keluarga kecil yang miskin namun amat menitik berat soal agama & akhlak. Setelah menghafaz al-Qur'ān ketika berusia 14 tahun, beliau memulakan ekspedisi menuntut ilmu ketika berusia 15 tahun, daripada guru-guru ḥadīth & fiqh, antaranya: Sufyān b. ‘Uyaynah (m. 198H), ‘Abd ar-Raḥmān b. Mahdī (m. 198H), Yazīd b. Hārūn (m. 206H)  dll sarjana ḥadīth yang terkemuka di Baghdād & sekitarnya. Beliau mempelajari & menghafaz ḥadīth-ḥadīth guru tersebut, serta mempelajari fiqh daripada al-Im...

‘alaLlāh al-tuklān; Kepada-Nya Jua Kami Bertawakkal |

Image
AlḥamduliLl ā h rabbil-‘ ālamīn , Ḥadīth Project ini merupakan sebuah medium atas talian yang diusahakan sekumpulan penuntut ilmu dari Malaysia, yang berkongsi cita-cita yang sama, iaitu ingin melihat benih tawhid dan sunnah tersemai dan bercambah subur di bumi Nusantara ini. Justeru kami selitkan diri kami, dan wakafkan ia, agar mudah-mudahan mendapat juga kami akan berkat para da‘i yang bertungkus-lumus merealisasikan cita-cita tersebut. Ḥadīth Project bermula dengan akaun Instagram, pada tahun 1438H, bersamaan 2017M, yang kami mulakan dengan menyiarkan hadis-hadis yang sahih beserta huraian ringkas dari para tokoh yang berautoriti dari kalangan ahli hadis. Namun kami melihat kepentingan untuk meluaskan jaringan cakupan bidang ilmu yang ingin disebarluaskan, dan ternyata Instagram bukanlah laman yang sesuai. Justeru kami berkumpulan menubuhkan pasukan baharu, membina laman Blogger dan Facebook; Memandangkan sasaran dakwah dan ilmu lebih sesuai dan luas melalui kedua laman ...