‘alaLlāh al-tuklān; Kepada-Nya Jua Kami Bertawakkal |


AlḥamduliLlāh rabbil-‘ālamīn,

Ḥadīth Project ini merupakan sebuah medium atas talian yang diusahakan sekumpulan penuntut ilmu dari Malaysia, yang berkongsi cita-cita yang sama, iaitu ingin melihat benih tawhid dan sunnah tersemai dan bercambah subur di bumi Nusantara ini. Justeru kami selitkan diri kami, dan wakafkan ia, agar mudah-mudahan mendapat juga kami akan berkat para da‘i yang bertungkus-lumus merealisasikan cita-cita tersebut.

Ḥadīth Project bermula dengan akaun Instagram, pada tahun 1438H, bersamaan 2017M, yang kami mulakan dengan menyiarkan hadis-hadis yang sahih beserta huraian ringkas dari para tokoh yang berautoriti dari kalangan ahli hadis. Namun kami melihat kepentingan untuk meluaskan jaringan cakupan bidang ilmu yang ingin disebarluaskan, dan ternyata Instagram bukanlah laman yang sesuai. Justeru kami berkumpulan menubuhkan pasukan baharu, membina laman Blogger dan Facebook; Memandangkan sasaran dakwah dan ilmu lebih sesuai dan luas melalui kedua laman tersebut.

Segala apa yang kami lakukan ini, dengan Tawfik-Nya jualah; Dan segala apa yang kami jayakan, maka dengan ‘inayah-Nya jualah. Tiadalah kami memiliki daya dan upaya, melainkan ia dengan bantuan Allah.

Br. ‘Ataullah Mohd Ali
Penemu Ḥadīth Project

21 Ramaḍān, 1440. Kuantan.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Hadis | Imam Aḥmad b. Ḥanbal (164H-241H)

Kelemahan Hadis "Awwaluhu Rahmah" |

Doa Akhir Ramadan? |