Posts

Showing posts from June, 2019

2 Kegembiraan Buat Orang Berpuasa |

Imam Muslim, Ahmad, dan selainnya merekodkan dari Abu Hurayra radiyallahu'anh, bahawa Nabi ﷺ bersada, "Bagi orang yang berpuasa itu 2 kegembiraan; (1) Kegembiraan tatkala berbuka puasa, dan (2) kegembiraan tatkala bertemu Tuhan-nya.” Kegembiraan yang pertama boleh jadi pada dua waktu, waktu Maghrib, tatkala orang yang berpuasa mula berbuka puasa, dan 1 Shawal, tatkala ‘Īd al-Fiṭr (Ms: Perayaan berbuka) menjelma. Umat Islam merasa gembira dan bersyukur, kerana atas kasih sayangnya Allah, Dia telah memberi kita tawfik untuk melaksanakan kewajipan kita, sekaligus menundukkan nafsu dari hal yang halal dan secara langsung mendidik diri untuk menjauhi yang haram. Walillah al-hamd. Kegembiraan kedua adalah tatkala bertemu Allah di akhirat kelak, yang mana di sana akan ada sebuah pintu syurga, namanya pintu al-Rayyan, tidaklah masuk melalui pintu itu melainkan orang yang melazimi puasa. Semoga Allah merezekikan kita untuk masuk melalui pintu tersebut, menuju ...

Doa Akhir Ramadan? |

Telah tersebar sebuah poster yang menyatakan bahawa Rasulullah mengakhiri atau mengucapkan selamat tinggal, "farewell" kepada bulan Ramadhan ini dengan sebuah lafaz doa. Benarkah? Kononnya diriwayatkan daripada Jabir b. 'Abd Allah al-Ansari bahawa Rasulullah berkata kepadanya: "Wahai Jabir, hari ini ialah hari Jumaat akhir pada bulan Ramadhan, maka ucapkanlah selamat tinggal kepadanya, dan katakanlah, اللهم لا تجعله آخر العهد من صيامنا إياه، فإن جعلتَه فاجعلني مرحومًا، ولا تجعلني محرومًا "Wahai Allah, janganlah Engkau jadikannya (Ramadhan ini) sebagai pe...

Doa Malam al-Qadr, Sahihkah?

Tersebar sebuah riwayat yang mengisyaratkan sebuah doa khusus untuk dibaca oleh seseorang sekiranya dikurniakan kepadanya pertemuan dengan malam al-Qadr. Namun adakah ia sahih dari Nabi ṣallallāh ‘alayh wasallam? Hadisnya adalah hadis Umm al-Mu’minīn ‘Ā'ishah bt. Abū Bakr rd., bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah, "Sekiranya saya diberi petunjuk untuk mengetahui malam al-Qadr, apakah yang saya harus katakan?" Lalu baginda bersabda: تَقُولِينَ: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي "Awak boleh berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha...

Qiyam Sepanjang Dua Malam, Tanpa Berjaga Malam

Tahukah anda, pada bulan Ramaḍān ini – khususnya 10 malam terakhir ini –, anda boleh mendapatkan ganjaran qiyām sepanjang dua malam, tanpa anda perlu berjaga walaupun separuh malam? Ya, boleh. Iaitu dengan melakukan dua perkara: 1.  Solat Isyak secara berjemaah, dan solat Subuh secara berjemaah. Imam Muslim merekodkan, dari hadis ‘Uthmān b. ‘Affān, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, ﴿مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى ...