2 Kegembiraan Buat Orang Berpuasa |


Imam Muslim, Ahmad, dan selainnya merekodkan dari Abu Hurayra radiyallahu'anh, bahawa Nabi ﷺ bersada, "Bagi orang yang berpuasa itu 2 kegembiraan; (1) Kegembiraan tatkala berbuka puasa, dan (2) kegembiraan tatkala bertemu Tuhan-nya.”

Kegembiraan yang pertama boleh jadi pada dua waktu, waktu Maghrib, tatkala orang yang berpuasa mula berbuka puasa, dan 1 Shawal, tatkala ‘Īd al-Fiṭr (Ms: Perayaan berbuka) menjelma.

Umat Islam merasa gembira dan bersyukur, kerana atas kasih sayangnya Allah, Dia telah memberi kita tawfik untuk melaksanakan kewajipan kita, sekaligus menundukkan nafsu dari hal yang halal dan secara langsung mendidik diri untuk menjauhi yang haram. Walillah al-hamd.

Kegembiraan kedua adalah tatkala bertemu Allah di akhirat kelak, yang mana di sana akan ada sebuah pintu syurga, namanya pintu al-Rayyan, tidaklah masuk melalui pintu itu melainkan orang yang melazimi puasa.

Semoga Allah merezekikan kita untuk masuk melalui pintu tersebut, menuju kepada syurga-Nya yang indah!

Allah akbar, walillahil-hamd.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Hadis | Imam Aḥmad b. Ḥanbal (164H-241H)

Kelemahan Hadis "Awwaluhu Rahmah" |

Doa Akhir Ramadan? |